Firefox Hadir Dengan Sokongan Pocket Dan Reader View


Pihak Mozilla mengumumkan integrasi Pocket terus secara terbina pada Firefox sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk membaca artikel dan menyimpannya untuk diakses pada kemudian masa. Pengguna juga turut boleh menggunakan akaun Firefox untuk menggunakan perkhidmatan Pocket pada Firefox ini – sekaligus membawa buat pertama kalinya sokongan akaun Firefox untuk perkhidmatan pihak ketiga selain perkhidmatan Mozilla.

Sebelum ini, Pocket sedia ditawarkan sebagai pemalam khusus, dan integrasi terus ini semestinya memudahkan lagi pengguna, selain menarik lebih ramai pengguna sedia ada Firefox untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bagi yang tidak mengenali Pocket, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang menarik bagi anda yang sering melayari web, dan ingin menyimpan sesuatu artikel untuk dibaca ketika anda senang. Ia ditawarkan untuk pelbagai peranti, dan bentuk paparan artikelnya adalah kemas dan bebas daripada pelbagai elemen web.

Disamping itu, Mozilla juga turut menambah fungsi "Reader View" pada pelayar web mereka, dimana seperti semua sedia maklum, ia membuang pelbagai elemen web dan memaparkan teks dan tajuk dalam bentuk mudah dibaca. 



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .