Facebook Membawa Fungsi "See First"



Dalam membolehkan pengguna mengawal apa yang mereka lihat pada News Feed. Kini, sebuah fungsi baru turut ditambah dinamakan sebagai “See First”. Fungsi ini disokong pada versi Web mahupun mudah alih.

Melalui fungsi ini, apabila pengguna memilih tetapan “See First” untuk seseorang kenalan atau Facebook Pages, pengguna akan menerima kemaskini daripada mereka secara pantas (berada di atas) pada News Feed. Ini sekaligus mengelakkan anda daripada terlepas sebarang kemaskini daripada mereka.


Untuk mengakses fungsi ini, pengguna hanya perlu ke profil kenalan atau Facebook Pages yang diminati anda, dan seterusnya klik pada butang “Follow” atau “Like” dan memilih See First.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .