Firefox 39 Dilepaskan


Hari ini pihak Mozilla telah melepaskan Firefox 39 versi terbaru pelayar web mereka. Firefox 39 agak lewat dilancarkan disebabkan beberapa pepijat. Kini Firefox 39 sedia dimuat untuk pengguna Windows, Linux, Mac OS dan juga Android.


Salah satunya adalah kemudahan untuk berkongsi pautan Firefox Hello ke laman sosial. Firefox Hello merupakan perkhidmatan komunikasi video dan suara berasaskan webRTC yang telah diperkenalkan sebelum ini. Dengan sokongan perkongsian, pengguna boleh berkongsi pautan dengan mudah dan mengajak rakan-rakan untuk turut serta menyertai mereka dalam berbual dan sebagainya. 

Selain daripadanya, Mozilla lebih memfokuskan kepada kestabilan dan kelancaran. Keutamaan dilihat diberikan kepada OS X, dimana melalui Project Silk, kini animasi dan tatalan lebih lancar pada sistem operasi berkenaan. Mozilla turut mengatifkan sokongan imbasan malware untuk muat-turun di OS X dan juga Linux. (sokongan imbasan malware juga tersedia untuk windows)




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .