WhatsApp Membawa Fungsi Baru - “Mark As Unread” dan “Custom Notification”


Pihak WhatsApp hadir dengan kemaskini baru yang mana membawakan sejumlah fungsi baru. Salah satu fungsi baru yang menarik hadir adalah kebolehan menandakan sesuatu chat sebagai tidak dibaca lagi atau “Mark As Unread”. Pengguna boleh tap pada sebarang ruangan chat sama ada individu atau kumpulan, dan ia akan memaparkan beberapa pilihan, termasuk pilihan “Mark As Unread”. Ini mungkin sangat berguna bagi anda yang mungkin ingin kembali kepada seseorang itu apabila anda mempunyai masa terluang kelak.


Selain itu, kemaskini ini turut membawakan fungsi Custom Notification, membolehkan anda menetapkan notifikasi yang berbeza kepada setiap pengguna dan rakan-rakan. Anda juga turut boleh menetapkan bagaimana pop-up chat daripada pengguna tersebut diperlihatkan, selain pilihan warna LED yang dipaparkan untuk notifikasi.

Akhir sekali, satu lagi perkara baru yang dibawakan adalah kebolehan untuk menetapkan penggunaan data yang rendah ketika membuat panggilan suara  dan  akan mengoptimasikan panggilan yang diterima dan dibuat menggunakannya.




2 comments:

  1. Baru tahu. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  2. suka2... tq sapuan... btw, aku letak nama blog kau kat senarai blogwalking dalam blog aku taw... =)

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .