Firefox 40 Dilepaskan Dengan Sokongan Windows 10


Bulan lalu Microsoft telah memperkenalkan Windows 10 secara rasmi dah hari ini pihak Mozilla telah melepaskan versi terbaru Firefox mereka selaku pelayar web sumber terbuka terkemuka dunia.

Dengan ini Firefox telah mencapai versi ke 40 yang membawa beberapa kemaskini kecil pada antaramukanya. Selain itu Firefox 40 juga hadir dengan sokongan Windows 10. Selain itu sekuriti dan kestabilan juga turut ditambah baik dengan membaiki beberapa pepijat sebelum ini.

Untuk sokomgan pemalam juga, pihak Mozilla turut mengumumkan untuk menjadikan penggunaan pemalam pihak ketiga ini lebih selamat berbanding sebelumnya.

Firefox 40 ini sedia dimuat turun oleh pengguna Windows, Linux, Mac OS dan juga Android. 




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .