Instagram Dengan Sokongan Gambar Pelbagai Saiz Potrait Dan Landskap


Instagram asalnya hanya terhad kepada gambar segi empat-sama, membuatkan ramai pengguna yang turut menambah bingkai berwarna putih dan hitam untuk berkongsi gambar berbentuk secara melintang dan menegak. Kini, melihat trend tersebut semakin meluas, Instagram sendiri mengumumkan sokongan tersebut pada perkhidmatan mereka.

Menurut Instagram, satu daripada lima gambar yang dikongsi tidak dalam keadaan segi empat-sama, membuatkan mereka memperkenalkan bentuk kandungan baru ini. Pengenalan ini juga membuatkan paparan lebih kemas, selain anda tidak perlu risau akan perlu potong bahagian yang disukai pada sesuatu gambar sebelum dikongsikan.

Pihak Instagram turut mengatakan ini turut akan menguntungkan pengguna yang sering berkongsi video menggunakan Instagram.




2 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .