LibreOffice 5.0 Dilepaskan


Libre Office 5.0 secara rasmi elah dilancarkan 5hb Ogos lalu dan hadir dengan sokongan Wondows 10. LibreOffice merupakan salah satu perisian alternatif untuk pejabat yang menawarkan kebolehan untuk membaca dan menyunting dokumen dalam format-format popular, termasuk Microsoft Office.

LibreOffice 5.0 hadir dengan sokongan untuk tiga sistem operasi terkemuka, iaitu Windows, Linux dan juga Mac OS X. LibreOffice 5.0 hadir dengan kemaskini pada rekabentuk antaramuka, selain turut menawarkan paparan yang lebih kemas berbanding sebelumnya. 

Selain kemaskini antaramuka, LibreOffice 5.0 turut membawakan sokongan dokumen yang lebih baik dan stabil berbanding sebelumnya. Setiap aplikasi dibawah LibreOffice ditambah-baik termasuk untuk Spreadsheet, selain ia turut kini menyertakan sokongan Windows 64-bit.

Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turun LibreOffice 5.0 hari ini, dan mencuba sendiri pelbagai fungsi baru yang dibawakan oleh perisian pejabat sumber terbuka ini.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .