Xiaomi MIUI 7 Diperkenalkan - Fungsi Baru MIUI 7


Pihak Xiaomi telahpun memperkenalkan antaramuka baru mereka iaitu MIUI 7 yang berasaskan Android Lollipop di China minggu lalu dan akan memperkenalkan di peringkat global tidak lama lagi. Pelbagai fungsi baru yang menarik pada MIUI 7. 

MIUI 7 membawakan pretasi 30% lebih pantas berbanding sebelumnya, selain penawaran penggunaan bateri 25% lebih lama berbanding sebelumnya. Untuk peranti Redmi 1s, Redmi 2, Mi3/4/4i, dan Redmi Note 3G/4G jugak akan menerima kemaskini MIUI 7.


melalui MIUI7, sebanyak empat tema asas disertakan, iaitu High Lige, Pink Blush, Ocean Breeze dan juga tema asli. Masing-masing direkabentuk dan membawakan penggunaan tema yang berbeza mengikut citarasa pengguna selain turut boleh memuat-turun pelbagai penawaran tema.

Paparan saiz teks juga boleh diubah daripada pilihan S sehingga XXL  mengikut daya baca dan citarasa pengguna.

Sebuah fungsi baru pada galeri dinamakan sebagai Baby Album. Menggunakannya ia menggunakan fungsi pengecaman wajah untuk mengenal pasti wajah bayi, dan seterusnya mengkategorikan ia dalam satu album khusus untuk anda lihat.

Fungsi Child Mode turut disertakan, membolehkan pengguna mengaktifkan sebuah mod khusus dan membolehkan anak atau adik hanya mengakses beberapa aplikasi terpilih sahaja.

Satu lagi fungsi yang turut ditambah pada MIUI7 ini adalah dinamakan sebagai Showtime, dimana pengguna boleh menambah video lima saat pada buku alamat, dan ia akan memaparkan video tersebut apabila seseorang membuat panggilan. Ini sekaligus mengantikan penggunaan gambar semata-mata, selain menjadikan skrin paparan panggilan anda lebih interaktif lagi.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .