Adblock Browser - Layari Internet Tanpa Iklan


Adblock Plus merupakan pemalam tambahan bagi pelayar web untuk menyekat sebarang iklan ketika melayari internet. Kini Adblock turut memperkenalkan pelayar web sendiri untuk Android dan juga iOS. Untuk menjamin keselamatan dan juga kestabilan Adblock Browser ini berasaskan Firefox yang sedia tekenal dengan pelayar web paling dipercayai untuk keselamatan privasi.


Menggunakan Adblock Browser, pihak Adblock mengatakan ia membolehkan pengguna membuka sesuatu web dengan lebih pantas memandangkan tiada sebarang iklan yang dimuatkan, disamping pada masa yang sama mengurangkan kadar penggunaan bateri.

Adblock Browser juga dikatakan mengukuhkan lagi kadar privasi pengguna, disamping mengurangkan risiko dijangkiti malware.

Seperti pada pemalam pelayar web, menggunakan Adblock Browser juga membolehkan pengguna mengawal bentuk iklan yang dipaparkan, sama ada ingin mengelak paparan semua iklan ataupun hanya sebahagian sahaja.






1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .