Google Chrome 45 Kini Lebih Ringan


Seperti yang dijanjikan pihak Google sebelum ini dimana mereka akan membawa Chrome yang lebih cekap penggunaan memori. Sebelum ini Chrome akan membuka proses baru setiap tab yang dibuka. Ini membuatkan ia agak lembab dan berat dengan bilangan proses yang begitu banyak secara tidak langsung ini menyebabkan penggunaan memori/RAM yang lebih banyak. Ini meyebabkan Chrome selalu dikritik hebat.

Dengan pengenalan Chrome 45 baru baru ini, Google turut berkongsi lanjut mengenai pengoptimasian yang dilakukan oleh mereka untuk penggunaan memori. Menurut Google, kini Chrome menggunakan memori yang lebih rendah, sekaligus menjadikan penggunaan kuasa untuk komputer adalah kurang berbanding sebelum ini. Daripada ujian yang dilakukan Google, mereka berjaya mengurangkan penggunaan memori sehingga 10% dalam ujian kasar, yang mana membawa kepada penggunaan bateri lebih 15%.

Chrome mengatakan, kini pelayar web berkenaan menggunakan teknik penjimatan memori yang baru, dimana ia mengesan laman web yang dalam keadaan idle, dan mengurangkan memori yang digunakan olehnya. Perkara ini semestinya menguntungkan ramai pengguna yang sering membuka sejumlah tab pada pelayar web mereka.

Disamping itu, kini dalam memudahkan restore tab pada pelayar web, Chrome akan menguruskannya dengan lebih efisyen dimana tab paling terkini akan dibuka dengan lebih pantas sebelum tab-tab lain dibuka. Proses ini hanya berlaku jika anda menutup Chrome dan diberi pilihan “Restore Tabs”.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .