Instagram Hadir Dengan Sokongan Iklan September Ini


Instagram telah menguji sokongan pengiklanan pada perkhimatan mereka pada beberapa bulan lalu. Kini, Instagram mengumumkan akan memperluaskan sokongan pengiklanan mereka untuk pasaran global bermula penghujung September ini.

Selain daripada sokongan pengiklanan ini, pihak Instagram turut mengumumkan format video 30 saat baru untuk pengiklan berbanding hanya 15 saat untuk pengguna biasa.

Dengan kebolehan pengiklanan, ia membolehkan jenama mengiklankan produk mereka kepada pengguna sekaligus memaparkan iklan berkenaan walaupun seseorang pengguna tidak mengikuti jenama berkenaan. Disamping itu, pengiklan juga turut boleh menambah butang tambahan seperti kebolehan untuk memasang aplikasi terus daripada iklan berkenaan, atau melayari web pengiklan berkaitan.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .