Microsoft Office 2016 Dilancarkan


Perisian pejabat terbaru Microsoft iaitu Office 2016 telahpun dilancarkan secara rasmi hari ini sekaligus membawakan perisian pejabat versi baru mereka yang diintegrasikan dengan Office 365, selain turut menjadi perisian pelengkap untuk sistem operasi terbaru mereka, Windows 10.


Office 2016 membawakan penawaran aplikasi desktop untuk Word, Excel, PowerPoint, Outlook, OneNote, Project, Visio dan juga Access. Pengguna juga boleh melanggan Office 365 dalam memastikan aplikasi yang digunakan mereka merupakan versi terkini selain menggunakan ia pada pelbagai peranti berbeza.

Office 2016 membawakan rekaan antaramuka yang selari dengan Windows 10. Untuk menggunakannya sendiri, pengguna perlu menjalankan sistem operasi Windows 7 dan terkini.

Office 2016 membawakan beberapa integrasi baru dalam memudahkan kolaborasi dan kerjasama antara ahli pasukan dan rakan sekerja yang lain – termasuk kebolehan menyunting dalam masa-nyata untuk sesuatu dokumen bersama-sama yang lain, dan juga integrasi Skype untuk memudahkan anda berhubung dan berkomunikasi.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .