Twitter Merancang Membawa Tweet Melebihi 140 Aksara


Tweet di Twitter pada ketika ini mempunyai limit hanya untuk 140 aksara sahaja ini membuatkan ia terlalu terhat untuk menulis.


Terkini, ia dilaporkan Twitter sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam membolehkan pengguna menghantar Tweet dengan melangkaui 140-aksara. Sebelum ini, Twitter telah membolehkan penggunaan Direct Message menggunakan aksara tanpa had, dan kini sedang melihat kepada beberapa kaedah untuk memperluaskan penggunaan Tweet biasa tanpa memberikan kesan kepada pengguna.

Sebelum ini juga pihak Twitter telah memperluaskan penggunaan aksara dengan membolehkan pengguna menambah komen berasingan untuk sesuatu Tweet berbanding dulu. Ia dikatakan beberapa perkara yang mungkin dilihat oleh Twitter adalah termasuk tidak mengambil kira nama pengguna, gambar dan pautan dalam kiraan Tweet.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak Twitter akan mengimplementasikannya.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .