Facebook Hadir Dengan Butang Like Reactions


Sebelum ini Facebook juga dikatakan sedang menguji butang dislike yang sedikit berbeza. Terkini pihak Facebook mengatakan mereka dalam persiapan untuk hadir dengan butang Like Reaction bagi memudahkan pengguna memperlihatkan reaksi.

Butang tersebut diposisikan pada bahagian Like sedia ada, dimana apabila menekannya, pengguna akan dipaparkan dengan pilihan emoji “Like”, “Love”, “Haha”, “Yay”, “Wow”, “Sad” dan “Angry”. Perkara ini dikatakan memudahkan lagi rakan-rakan untuk mengekspresikan reaksi dan emosi mereka berkaitan sesuatu status.

Buat masa ini sokongan Like Reactions ini masih lagi dalam peringkat ujian dan sedang ditambah baik sebelum diperkenalkan kepada umum kelak. Berkemungkinan juga untuk butang dislike yang akan dibawa facebook juga akan kelihatan seperti ini.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .