Facebook Hadir Dengan Sokongan Gambar Profil Bergerak


Gambar profil bergerak bukanlah sesuatu yang baru. Twitter dahulu juga pernah mempekenalkannya dengan menggunakan gambar GIF.

Facebook hari ini telah mengumumkan kemaskini pada halaman profil yang mana lebih memfokuskan pada paparan mudah-alih. Pada halaman profil baru ini pengguna boleh memuat naik video pendek sekitar 7 saat sebagai gambar profil sekaligus membolehkan anda hadir dengan gambar yang lebih kreatif dan menonjolkan diri anda berbanding penggunaan gambar biasa.

Selain itu, beberapa sokongan lain juga dibawa untuk halaman profil baru ini. Pengguna juga boleh menambah gambar profil sementara dan menetapkan bilangan hari ia digunakan sebelum kembali kepada gambar profil asal. Ini sesuai digunakan ketika ingin menukar gambar profil pada waktu waktu tertentu seperti perayaan, tahun baru, ulang tahun, kemerdekaan atau sebagainya.

Sokongan ini masih lagi di peringkat awal dan akan diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .