Instagram Memperkenalkan Aplikasi Baru - Boomerang


Sebelum ini pihak Instagram juga teleh memperkenalkan aplikasi Layout. Kini lagi satu penawaran aplikasi mereka untuk menjadikan album Instagram anda lebih menarik.

Pihak Instagram telah memperkenalkan Boomerang dan sedia untuk dimuat turun untuk pengguna iOS dan juga Android secara percuma.

Boomerang memfokuskan kepada menjadikan rakaman anda lebih menarik dengan menjadikannya sebagai video loop seumpama animasi GIF. Ia akan merakamkan sejumlah gambar dalam bentuk burst-shoot, dan seterusnya menyambungkannya menjadikan ia sebagai video dalam bentuk loop. Pengguna juga turut boleh berkongsi video yang dirakamkan ini terus ke Instagram.

Bagi yang ingin mencubanya bolehlah muat turun Boomerang dan kongsikan rakaman anda bersama rakan rakan di Instagram.





1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .