Masih Di Sini oleh Bunkface - Lagu Tema Filem BoboiBoy The Movie


Kumpulan band popular, Bunkface akan mengeluarkan single terbaharu bertajuk Masih Di Sini. Lagu ini merupakan lagu tema (OST) untuk filem animasi BoBoiBoy The Movie yang akan ditayangkan dipawagam pada tahun hadapam (2016). Masih Di Sini merupakan lagu versi Bahasa Melayu manakala untuk versi Inggeris pula berjudul Until Forever. Kumpulan Bunkface dianggotai oleh vokalis Shamsul Anuar Sam Baharom, gitaris utama Ahmad Paan Farhan, dan bass gitar Farouk Youk Jaafar. Nantikan kemunculan mereka tidak lama lagi.

BoBoiBoy merupakan siri animasi adiwara popular di Malaysia dan sekitar asia tenggara. Ianya ditayangkan setiap minggu di televisyen dan mempunyai peminatnya tersendiri terutamanya dikalangan kanak-kanak. Filem BoBoiBoy yang menelan belanja lima juta akan ditayangkan di Malaysia pada 26 November, turut dipasarkan juga di Singapura, Vietnam, Indonesia and Filipina. Selain itu, filem dibawah terbitan Animonsta Studios itu juga akan mengeluarkan filem spin-off Boboiboy berjudul Boboiboy Galaksi juga dijangka akan hadir pada tahun hadapan.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .