Ubuntu 15.10 Wily Werewolf Sedia Untuk Dimuat-Turun


Pihak Canonical telah melepaskan Ubuntu 15.10 dan sedia untuk dimuat turun oleh umum. Selain itu pihak Canonical juga telah memberi nama untuk versi yang akan datang iaitu Ubuntu 16.04. Versi Ubuntu akan datang yang dijadualkan pada April 2016 kelak akan dinamakan sebagai “Xenial Xerus”. Ubuntu 16.04 ini kelak akan menjadi versi LTS yang mana menerima sokongan untuk jangka masa panjang. Ubuntu 16.04 LTS ini dijangka akan membawa pembaharuan besar selain mengoptimasikan sistem operasi untuk pengguna desktop, ia juga akan turut dioptimasikan untuk peranti berhubung (IOT), pelayan, dan pelbagai peranti lain dengan fokus Canonical untuk membawa sistem operasi mereka untuk pelbagai peranti.

Balik kepada Ubuntu 15.10 pula,  tiada sebarang pembaharuan drastik yang dibawakan, tetapi lebih kepada penaik-tarafan dan kemaskini kecil. Pihak pembangunnya memberikan perhatian kepada beberapa perkara memfokuskan antaramuka, termasuk dari segi penggunaan bar tatal dan juga gambar latar baru. Unity 7.3.3 yang digunakan untuk paparan desktop membawakan beberapa kemaskini berbanding sebelumnya termasuk kemudahan untuk membuat carian, ataupun drag-drop aplikasi dari Unity Dash ke desktop untuk membuat akses pintas.

Dari segi kemaskini disebaliknya, Ubuntu 15.10 kini dijana menggunakan kernel Linux 4.2 yang membawakan sokongan hardware lebih baik, dan turut menyertakan sokongan Steam Controller. Ubuntu 15.10 turut menyertakan beberapa perisian baru, termasuk Firefox 41, LibreOffice 5.0.2, dan juga Chromium 45.

Bagi anda yang berminat boleh memuat-turun Ubuntu 15.10 hari ini, ataupun jika anda sedia menggunakan Ubuntu, anda boleh memulakan proses kemaskini ke versi baru anda.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .