Facebook Take A Break - Untuk Mereka Yang Putus Cinta


Bagi mereka yang baru putus cinta merupakan sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Take A Break merupakan fungsi baru yang sedang diuji oleh pihak facebook bagi memudahkan untuk melupakan si dia.

Apabila Facebook mengesan berlaku perubahan status perhubungan dari “dalam perhubungan” ke “bersendirian” pilihan untuk menggunakan fungsi ini akan diberikan. Menerusi Take A Break anda boleh menapis status bekas kekasih dari muncul di susur masa. Terdapat juga pilhan untuk menghalang mereka membaca status yang ditulis  oleh ini. Ini dilakukan tanpa perlu “menyahkawan” ataupun menghalang mereka seperti yang dilakukan sekarang. Kesemua status yang pernah anda tulis berisi nama mereka kini boleh dihalang dari dilihat oleh orang ramai. 

Buat masa ini ia masih lagi pada peringkat ujian dan mugkin akan diperkenalkan kepada umum kelak. Adakah fungsi ini berguna dan diperlukan?



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .