Firefox Kini Tersedia Untuk iOS - iPhone dan iPad


Mozilla sebelum ini telah memulakan ujian untuk pelayar Firefox pada iOS. Kini, selepas melalui ujian untuk beberapa minggu, pelayar web berkenaan telah pun diterbitkan untuk semua, membolehkan pengguna peranti mudah-alih Apple untuk memuat-turun dan menggunakannya.


Mozilla Firefox merupakan salah satu pelayar web yang popular di desktop, dan dengan pengenalan Firefox untuk iOS, ia sekaligus membolehkan pengguna untuk sync pelayaran web mereka ke peranti mudah-alih, serta menikmati pelayaran web yang sama melaluinya.

Firefox untuk iOS turut menyertakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk carian pintar yang memberikan anda ramalam kata kunci ketika anda sedang menaip, serta rekaan tab berbentuk visual yang memudahkan anda mengetahui tab-tab yang sedang dibuka.

Bagi pengguna iOS 9, anda turut boleh mengambil kelebihan fungsi Private Browsing yang dibawakan oleh Firefox untuk iOS ini.

Jika anda aktif menggunakan pelayar web Firefox, dan turut menggunakan peranti mudah-alih daripada Apple, mungkin anda boleh memuat-turun pelayar web Firefox untuk iOS dan menggunakannya dalam menyelarikan pelayaran web anda.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .