Telegram Supergroups - Menyokong Sehingga 1000 Ahli


Telegram merupakan aplikasi permesejan sumber terbuka yang terkenal dan sebagai persaing terdekat WhatsApp. Melalui kemaskini terbaru Telegram ia membawa sokongan baru yang dikenali sebagai Supergroup.

Melalui fungsi Supergroups ini, ia membolehkan pengguna membuat kumpulan pengguna dengan ahli mencapai sehingga 1000 orang ahli. Sebelum ini, fungsi Group biasa hanya sekadar menyokong sehingga 200 orang sahaja, dan fungsi baru ini menyasarkan kepada kumpulan yang lebih besar.

Disamping itu, untuk Supergroup, jika terdapat ahli baru yang masuk, mereka boleh membaca keseluruhan mesej dari awal. Pada masa yang sama, setiap mesej yang dipadam oleh seseorang juga akan dipadam pada semua pengguna yang lain.

Disamping itu, satu lagi perkara baru yang dibawakan oleh Telegram versi baru adalah sokongan kawalan dengan memperkenalkan fungsi pentadbir. Kini, beberapa pentadbir boleh dipilih pada Telegram Groups untuk memudahkan pentadbiran dan mengawal apa yang disembangkan. Pentadbir juga boleh membuang pengguna lain daripada sesuatu Group berkenaan.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .