WhatsApp Akan Membawa Fungsi Starred Message


Baru baru ini pihak Twitter telah menukar fungsi favorites kepada fungsi like. Walaupun ia merupakan fungsi yang sama, tetapi ramai yang lebih gemarkan favorites kerana ia tidak meniru mana mana laman sosial yang menggunakan like.


Terkini pihak WhatsApp sedang mengguji fungsi Starred Message. Starred Message ini membolehkan para pengguna menandakan sesebuah mesej daripada penghantar, dan melihatnya melalui sebuah tab khusus. Ia boleh dikatakan sebagai fungsi bookmark untuk sesuatu mesej untuk dirujuk pada bila-bila masa.

Starred Message ini seakan sama seperti fungsi di Twitter dimana pengguna boleh membuka tab like dan merujuk tweet yang anda gemari untuk sebagai rujukkan atau sebagainya. Adakah anda gemar dengan fungsi baru ini? Buat masa ini fungsi ini masih lagi di peringkat ujian Beta dan tidak lama lagi ia akan diperkenalkan kepada semua.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .