WhatsApp “Chatting With” Adalah Palsu



WhatsApp "Chatting With" Feature is Fake | Dalam zaman teknologi hari ini apabila media sosial membuat ia lebih sukar untuk mengesahkan kesahihan maklumat sama ada benar mahupun tidak.

Terkini seperti gambar di atas begitu cepat merebak di Facebook dan Twittter mendakwa bahawa WhatsApp akan memperkenalkan ciri untuk melihat siapa kawan-kawan anda berbual dengan siapa.
 
Gambar di atas yang kelihatan seperti telah dimanipulasikan (edit) mendakwa bahawa pihak WhatsApp  akan membawa sokongan untuk melihat siapa kenalan anda berbual dengan siapa. Jelas ini tidak masuk akal dan bagaimana nama kenalan di WhatsApp  boleh diketahui oleh orang lain.
Sebagai contoh admin meletakkan nama kenalan admin sebagai shaff, dan nama shaff ini disimpan dalam senarai kenalan kita di telefon bukan di Whatsapp. Bagaimana pengguna lain boleh tahu admin letak nama kenalan admin sebagai shaff hanya di Whatsapp.

Dari segi privasi juga, ia tidak wajar untuk diperkenalkan. Kerana tiada rahsia pengguna untuk bebas berbual di WhasApp. Jadilah pengguna bijak sebelum sebarkan sesuatu di laman sosial. Pastikan ia benar.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .