Xiaomi Redmi Note 2 Kini di Malaysia RM649



Secara rasmi pihak Xiaomi telah merasmikan Redmi Note 2 di Malaysia pada 5hb November lalu dengan harga pasaran Malaysia RM649

Redmi Note 2 dengan skrin 5.5 inci IPS LCD FHD (400 ppi) membawa CPU 2.0 GHz lapan teras MediaTek Helio X10 digunakan.Kelapan-lapan teras berfungsi pada frekuensi yang sama. Ini meletakkan Redmi Note 2 sebagai sebuah peranti dengan spesifikasi sederhana tinggi. Stroran dalaman sebanyak 16 Gigabyte dan RAM 2 Gigabyte

Peranti ini mempunyai dua slot untuk SIM Mikro dan menyokong rangkaian LTE. Kedua-dua slot SIM masih boleh digunakan walaupun anda menggunakan kad MikroSD kerana ia tidak berkongsi dengan slot penambahan memori dalaman.


Kemampuan optik pula membawa kamera 13 Megapixel f/2.2 pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Kamera belakang kini mempunyai sistem pemfokusan PDAF yang pantas. 

Antaramuka MIUI 7 berasaskan Android 5 Lollipop yang terkini 30% lebih pantas dan penjimatan bateri yang lebih baik.

Agak menarik Xiaomi menyertakan sebuah pemancar infra merah pada Redmi Note 2.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .