Cut The Rope Magic Diperkenalkan Untuk Android Dan iOS


Cut The Rope merupakan permainan yang popular di peranti mudah alih. Ia telah mencapai 750 juta muat-turun. Cut The Rope terdapat beberapa versi sebelum ini. Terkini pembagunnya Zepto Lab telah membawa versi baru iaitu Cut The Rope Magic.


Cut The Rope Magic masih mengekalkan bentuk permainan yang berasaskan daya gerakan dan memerlukan anda hadir dengan beberapa langkah tersendiri untuk memastikan watak Om Nom dapat gula-gula yang diminati. Namun, untuk edisi ini, pengguna diberikan sedikit kawalan berbeza, membolehkan pengguna mengubah watak Om Nom kepada watak lain – sebagai contoh kepada ikan jika ingin dapatkan gula-gula dari dalam air.

Permainan Cut The Rope ini ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna Android dan hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi, sementara untuk versi iOS pula, ia ditawarkan pada harga $0.99.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .