Bateri Organik Berasaskan Kertas Berjaya Dihasilkan


Teknologi bateri hari ini berasaskan bahan kimia dan logam dan bahan kimia di dalamnya mampu mencemari alam sekitar jika tidak diluputkan dengan cara yang betul. Untuk menjamin masa depan yang lebih mesra alam dan selamat, taknologi bateri mesra alam perlu dibagunkan. 


Penyelidik di Link√∂ping University’s Laboratory of Organic Electronics Sweden berjaya menghasilkan bateri berasaskan kertas. Lapisan nanoselulosa dan polimer pengalir digabungkan untuk menghasilkan sel bateri organik ini. Buat masa ini sekeping bateri kertas sepanjang 15 sentimeter dan setebal 2 milimeter mampu menyimpan caj bersamaan dengan sebuah kapasitor 1 Farad. Usaha sedang dijalankan bagi memajukan teknologi bateri kertas ini kerana ianya menggunakan bahan lestari dan tiada bahan kimia berbahaya. Sekiranya tidak dikitar semula sekalipun, bateri ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .