EHANG 184 – Dron Yang Mampu Membawa Manusia Terbang


Teknologi dron semakin canggih dari sebuah permainan sehingalah sebuah dron peperangan. EHANG 184 merupakan dron yang agak berbeza. Selain daripada hanya membawa kamera atau barangan, EHANG 184 merupakan sebuah dron yang boleh membawa manusia terbang menaikinya.


Menggunakan EHANG 184, pengguna boleh menetapkan lokasi yang ingin dituju, dan dron berkenaan akan membawa penumpang yang menaikinya ke lokasi yang dikehendaki secara automatik.

EHANG 184 ini boleh membawa berat sebesar 120kg bersama-sama dengannya, pada kelajuan sehingga 100km/j. Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan untuknya buat masa ini adalah masa bertahan bateri yang hanya bertahan sekitar 23 minit – dan memerlukan sehingga 4 jam untuk pengecasan.

Dron yang boleh membawa manusia ini dijangka dipasarkan tidak lama lagi, dan harga jualannya dijangka sekitar $200k hingga $300k (RM1.3 juta+-)




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .