Harga Langanan iFlix Dan Netflix


iFlix Dan Netflix merupakan perkhidmatan penstriman TV yang boleh ditonton menggunakan komputer peribadi, peranti mudah alih mahupun dengan TV Pintar. Keduanya kini sudahpun boleh dilangani di Malaysia.

Buat masa ini perkhimatan keduanya mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kekurangannya dari segi pilihan rancangan, kualiti gambar dan sokongan lain. Walau apa pun mungkin kekurangannya akan dikemaskini dengan penawaran yang lebih baik dan mudah untuk semua pengguna. Oleh itu pengguna yang ingin melangan carilah yang bersesuaian dengan anda.

Harga adalah amat penting dan kerap menjadi faktor pertama yang diambil kira. Di Malaysia harga langganan iFlix adalah seperti berikut.
  • Bulanan – RM10 – Pada 5 peranti
  • Setahun – RM 96 (RM 8 Sebulan) – Pada 5 Peranti
Harga langganan Netflix pula ialah
  • Bulanan SD – RM 33
  • Bulanan HD – RM 42 – pada 2peranti
  • Bulanan UHD – RM 51 – pada 4 peranti
Dari segi harga iFlix adalah jauh lebih mampu milik dan membolehkan lebih ramai pengguna melakukan penstriman melalui satu akaun serentak.



1 comments:

  1. Mana nk dpt harga iflix rm10 tu?

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .