Oppo F1 - Peranti Memfokuskan Selfie Kini Di Malaysia


Telefon pintar Oppo F1 ini hadir dengan fokus terhadap pengguna yang gemar merakamkan gambar selfie, dan menyertakan sejumlah fungsi khusus untuk tujuan berkenaan. Di Malaysia, Oppo F1 akan dijual pada harga RM1199.

amera hadapan 8-megapixel menjadi fokus utama jualan pihak Oppo melalui telefon pintar ini. Peranti dengan rekaan berasaskan logam ini dikatakan membenarkan lebih 44% cahaya melalui kamera hadapan menggunakan lensa aperture f/2.0. Gambar yang dirakamkan juga dikatakan 30% lebih terang, apatah lagi mencantikkan wajah melalui fungsi Beautify 3.0.

Oppo F1 turut menyertakan beberapa fungsi khusus untuk selfie, termasuk antaranya adalah kebolehan merakamkan gambar dengan membuat gerakan tangan, Time-Lapse Selfie, rakaman gambar dalam bentuk GIF, kebolehan menambah kesan khas pada gambar, serta beberapa fungsi lain.

Dari segi spesifikasi, Oppo F1 membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 616, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel PDAF, dan kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut menyertakan sokongan dwi-SIM, dan dijana berasaskan kepada Color OS 2.1.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .