Petron Malaysia Memperkenalkan Petrol RON100


Petron Malaysia mencipta sejarah menerajui teknologi bahan api dan inovasi dengan pelancaran Blaze 100 Euro 4M iaitu satu-satunya minyak premium RON100 di pasaran Malaysia. 

Bahan bakar itu mempunyai ketahanan luar biasa terhadap 'ketukan enjin' yang boleh merosakkan enjin kenderaan. Blaze 100 Euro 4M dirumuskan dengan Tri-Activ, sebuah formula mempunyai tiga aksi yang memberikan kuasa, perlindungan enjin dan kilometer lebih baik. Bahan api berprestasi tinggi ini menawarkan tindak balas enjin sangat baik serta kuasa pecutan optimum. Ia turut menawarkan pembersihan enjin luar biasa untuk mengekalkan kecekapan enjin dan penjimatan bahan api lebih baik.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .