Tanam Ubi Kentang Di Marikh Dan Bunga Pertama Mekar Di Angkasa



Sekumpulan sainstis kini cuba membawa kehidupan di Marikh. Kehidupan yang pertama yang akan dibawa ke Marikh adalah ubi kentang.

Untuk merealisasikannya eksperimen ini, ia akan diterajui oleh NASA dan juga International Potato Center  yang mana akan menjadi salah satu usaha untuk membuat tumbuhan membiak dalam sebuah bangunan yang terkawal.

Daripada kajian yang dilakukan, ia diketahui yang mana atmosfera planet Marikh mempunyai kandungan karbon dioksida sebanyak 95%. Pasukan saintis ini akan cuba replika akan keadaan di planet Marikh didalam sebuah makmal, dan cuba membuat ubi tumbuh didalamnya.

Jika eksperimen ini berjaya, kita mungkin akan melihat perkebunan atau perladangan antara angkasa pada masa akan datang.


Terkini, salah seorang angkasawan telah berkongsi gambar untuk bunga pertama yang tumbuh di angkasa atau lebih tepat lagi, di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

NASA dan para angkasawan telah memilih bunga daripada keluarga zinnia dalam usaha memudahkan mereka memahami proses tumbesaran bunga yang hidup di mikro-graviti.

Usaha menanam bunga di angkasa telah dimulakan sejak penghujung tahun lepas, dimana pada awalnya mereka menghadapi beberapa masalah berkaitan mengawal kadar air dan beberapa perkara lain.

Lanjutan daripada usaha ini, NASA juga dilihat akan berusaha untuk menanam kubis Cina di angkasa pada tahun ini.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .