Tandas Dengan Teknologi Lapisan Nano


Penyelidik dari Universiti Cranfield di United Kingdom telah membangunkan tandas nanoteknologi yang murah, bersih dan mesra alam. Perkara yang paling menarik dalam hal ini adalah, tandas ini mampu menjana tenaga.

Projek yang diberikan nama Tandas Lapisan Nano telah bermula pada tahun 2012 dan telah menerima suntikan dana sokongan daripada Yayasan Bill & Melinda Gates untuk mencipta teknologi ini. Mereka juga telah menerima pelbagai anugerah teknologi dan reka bentuk.

Selepas pengguna ‘selesai melepas hajat’, sejenis mangkuk anti–bau akan memutarkan sisa dan melepaskannya ke dalam tangki utama.

Bagi sisa cecair pula, penapis lapisan nanoteknologi dan pemeluwapan air yang mengalir melaluinya, akan membantu dalam menghapuskan sebarang patogen (pembawa penyakit) daripada air. Wap air ini kemudiannya akan melalui saluran dengan bantuan gas ke dalam tiub berisi manik-manik yang memeluwapkan semula dan berubah kepada cecair bebas patogen. Air yang sudah dibersihkan ini kemudiannya boleh digunakan untuk pengairan di ladang dan malahan untuk cucian di rumah.

Untuk sisa pepejal pula, ia akan jatuh ke bawah tangki di mana skru ‘Archimedes’ berkuasa bateri membawa sisa ke belakang yakni bahagian kedua. Ia akan dibakar dan ditukarkan kepada tenaga. Walaupun bahagian tandas ini masih belum 100 peratus dibangunkan lagi, penyelidik masih berharap sistem ini akan mampu membekalkan tenaga untuk mengecas telefon bimbit dan alat elektronik kecil.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .