Tips Mencari Telefon Pintar Untuk tahun 2016


Teknologi telefon pintar kini terlalu pantas bergerak. Maka untuk pengguna jangka masa yang lama perlu diambil kira. Bagi yang ingin mencari atau membeli telefon pintar baru pada tahun ini (2016) sedikit tips supaya telefon yang dibeli tahun ini masih releven digunakan untuk tahun akan datang.

Sokongan 4G LTE
Untuk keperluan internet semasa. Carilah yang mempunyai sokongan LTE. Oleh kerana sokongan LTE pada peranti secara standard sudah wujud tahun lalu jadi sudah pasti peranti baru akan dilengkapi dengan sokongan LTE. Maka tidak sukar untuk memilih.

Sokongan Pengecasan Pantas.
Dengan teknologi yang semakin canggih. Pengguna tenaga juga banyak digunakan. Oleh kerana teknologi bateri hari ini agak lambat bergerak. Cara terbaik kini adalah dengan pengecasan pantas.

Muatan Dalaman 32GB / RAM 2GB
Dengan saiz aplikasi yang semakin besar. Selain itu juga dengan penggunaan sensor kamera yang lebih tinggi sehingga 13MP dan pengambilan video 1080P sudah menjadi kebiasaan. Pasti saiz muatan dalaman sekurang-kurangnya 32 Gigabyte akan menjadi trend untuk tahun 2016. selain itu untuk menyokong saiz aplikasi dan muatan yang tinggi sudah pasti RAM juga perlu tinggi 2GB minimum.

USB 3.0 / USB - C
USB 3.0 type C merupakan standard baru port pengecasan pada tahun 2015. Walaupun ia masih belum meluas sudah pasti 2016 menjadi pilihan oleh kerana teknologi USB pantas bergerak. Selain itu juga permindahan data 3.0 lebih pantas berbanding 2.0.

Sokongan Flash Kamera Hadapan dan MP yang lebih tinggi.
Selfie kian popular pada tahun 2015 dan sudah banyak peranti hadir dengan flash kemera hadapan dan sansor kamera hadapan yang lebih tinggi.

Skrin Full HD 1080
Untuk kualiti paparan skrin yang lebih jelas, Kualiti gambar dan video dalam HD. Resolusi 1080P harus dianggap resolusi paling minimum untuk 2016.




1 comments:

  1. memang tengah cari telepon baru ni, ada apa2 brand yg boleh dicadangkan?

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .