Wiko - Telefon Pintar Prancis Kini Di Malaysia

Sebelum ini pelbagai jenama telefon pintar telah memasuki Malaysia terutamanya dari China seperti Oppo, Vivo, Leagoo dan Xiaomi. Tahun ini, Wiko merupakan jenama dari Prancis dan merupakan jenama yang popular di nagara tersebut telah pun memasuki Malaysia.

Wiko kini telah melancarkan tiga jenis telefon pintar, yang penuh bergaya. Dengan moto ‘Game Changer’, Wiko cuba membawakan konsep telefon pintar yang berbeza dari apa yang ada di pasaran.

Wiko Lenny 2 untuk mereka yang mahukan telefon pintar pada harga mampumilik degan harga RM299. Wiko Fever 4G pula sebuah telefon unik dengan fungsi bercahaya dalam gelap dengan harga RM799. Akhir sekali adalah Wiko Highway Pure, telefon pintar yang sangat nipis, hanya 5.1mm dan menampilkan gaya fesyen terkini dengan kemasan kristal swarovski dengan harga RM999. Ketiga-tiga telefon pintar Wiko ini yelah mula dijual di Malaysia. Ia datang dengan pelindung skrin dan case belakang. Aksesori lain turut dijual seperti penutup folio dan case belakang lain. Maklumat lanjut boleh dilayari di Facebook Wiko Malaysia.



1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .