Xiaomi Redmi 3 Diperkenalkan


Pihak Xiaomi sebelum ini telah hadir dengan teaser Redmi 3 dengan rekaan logam. Secara rasmi Pihak Xiaomi telah memperkenalkan Redmi 3 di China baru baru ini.


Redmi 3 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, dilengkapi cip Snapdragon 616 lapan-teras, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Pengguna turut boleh mempeluaskan storan menggunakan kad mikro-SD, tetapi ia berfungsi pada ruangan SIM hibrid dimana pengguna boleh memilih sama ada kad-SIM kedua atau kad mikro-SD.

Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 4100mAh, serta menyertakan sokongan infra-merah untuk mengawal peralatan elektronik. Pada bahagian kamera pula, Redmi 3 menyertakan kamera belakang 13-megapixel f/2.0 dengan sokongan PDAF dan juga kamera hadapan 5.0-megapixel.

Buat masa ini masih belum diketahui bilakah penjualannya di Malaysia dan harga jangkaan sekitar RM450.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .