Google Chrome Memberi Amaran Untuk Muat-Turun Palsu



Butang muat turun palsu bukanlah sesuatu yang baru terutamanya laman web yang menawarkan muat-turun, paparan iklan yang memaparkan butang muat-turun atau turut diperlihatkan dengan pop-up muat-turun yang biasanya merupakan mesej palsu yang boleh membawa pengguna ke laman-laman berbahaya atau yang mencuri data pengguna.

Google Chrome kini sudah akan mula memaparkan mesej amaran apabila sesuatu laman web terdapat butang muat turun palsu. Amaran ni diberikan sebelum pengguna dipaparkan dengan halaman sebenar supaya pengguna berhati hati untuk memilih butang muat turun. Ia berfungsi dibawah program Safe Browsing yang dilaksanakan Google, dan telah diaktifkan untuk semua pengguna Chrome seluruh dunia.

Langkah Google ini, ia sekaligus akan mengurangkan kadar mereka yang menjadi mangsa kepada laman-laman seumpamanya yang membuatkan pengguna terpasang perisian berbahaya pada komputer mereka, dan berlaku kecurian data pengguna.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .