UniMAP IPT Awam Pertama Miliki Panel Solar


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi universiti awam pertama di negara ini memiliki panel solar dengan kuota tarif pemasangan yang mampu menjana 1.0 megawatt (MW) tenaga elektrik.

Tenaga yang dihasilkan akan dikumpul dan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdasarkan konsep Tarif Galakan (FiT), antara inisiatif untuk menjana pendapatan bagi menjimatkan kos bil eletrik setiap bulan. 

Pemasangan solar panel itu akan membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka lebih mendalam teknologi tenaga boleh diperbaharui dan sekali gus membolehkan kaedah pembelajaran amali dipraktikkan di UniMAP.

Sistem solar bagi tujuan akademik dan penyelidikan yang membolehkan UniMAP menawarkan latihan amali dan sijil dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi program pemasangan solar yang diperakui dan penyelenggaraan solar. Beliau berkata projek ini secara tidak langsung membuka peluang kepada UniMAP menjadi Pusat Kecemerlangan Tenaga Boleh Diperbaharui.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .