YouTube Kini Boleh Ditonton Secara Offline


Pihak Google sudah pun memperkenalkan fungsi YouTube Offline sebelum ini. Kini ia turut hadir buat pengguna Malaysia.

Melalui fungsi YouTube Offline, pengguna boleh memuat-turun sesuatu video untuk disimpan pada peranti dan ditonton tanpa memerlukan talian internet. Selain itu pengguna juga boleh memilih kualiti video yang diinginkan. Walau apa pun, video yang dimuan turun hanya akan disimpan pada peranti untuk sehingga 48 jam sahaja.

Untuk memuat-turun sesuatu video, anda boleh tap pada ikon muat-turun yang diletakkan dibawah sesuatu video, dan ia akan memulakan proses muat-turun. Menu khusus dilabelkan Offline disediakan pada bahagian tetapan untuk pengguna mengawal beberapa perkara, dan melihat ruangan yang digunakan olehnya.

Selain itu, tidak semua video boleh dimuat turun untuk ditonton secara offline. Ini kerana penerbit kandungan yang tidak mengaktifkannya pada akaun mereka untuk dibolehkan ditonton secara offline.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .