Facebook Akan Memberitahu Profil Yang Meyerupai Anda - Profil Palsu


Facebook kini merupakan laman sosial yang popular didunia. Ini membuatkan ada piihak yang tidak bertanggungjawab hadir dengan akaun palsu untuk seseorang pengguna atau meniru dan menggunakan profil pengguna lain.

Kini, Facebook hadir dengan sebuah fungsi baru yang memberikan anda notifikasi sekiranya mereka mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang akaun lain yang cuba meniru anda dengan menggunakan nama dan gambar profil.

Kaedah ini dijayakan oleh algoritma Facebook secara automatik dan pengguna yang menerima notifikasi berkenaan akan boleh memilih sama ada sekiranya sesuatu profil itu benar-benar meniru dan merupakan akaun palsu ataupun sekiranya kebetulan pengguna dengan nama sama.

Facebook mengatakan telah menguji fungsi ini sejak daripada bulan November lepas, dan kini ia telah aktif di sekitar 75% pengguna dunia. Facebook menyasarkan untuk memperluaskan penawarannya dari masa ke semasa.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .