Instagram kini Menyokong Video 60 Saat


Sebelum ini Instagram telah memperkenalkan sokongan perkongsian video beberapa tahun lepas, tetapi ia hanya terhat untuk 15 saat sahaja.

Hari ini, mereka membawa perubahan kepada fungsi tersebut, dan membolehkan pengguna untuk berkongsi video yang lebih panjang melalui platform Instagram.

Melalui pembaharuan baru yang akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua ini, Instagram akan membolehkan pengguna memuat-naik video sehingga 60 saat lamanya. Ini sekaligus membolehkan pengguna berkongsi kisah yang lebih panjang berbanding kebiasaan.

Disamping fungsi ini, Instagram juga kini memudahkan pengguna membuat video melalui pelbagai klip berlainan dan mengabungkan serta menyunting melalui aplikasi mereka. Namun, fungsi ini hanya terhad kepada pengguna iOS sahaja.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .