Berkongsi Fail Dropbox Di Facebook Messenger


Melalui pengenalan sokongan integrasi Dropbox di Facebook Messenger, kini pengguna lebih mudah untuk berkongsi gambar, video dan fail dari Dropbox bersama rakan Facebook di Messenger.

Untuk menggunakannya, anda perlulah mempunyai aplikasi Messenger dan Dropbox dipasang pada telefon pintar iPhone atau Android anda.

Sekiranya ada, apabila anda tap pada pautan “More” di Messenger pada iOS atau Android, dan memilih sumber dari Dropbox.

Perkongsian gambar dan video dari Dropbox akan dipaparkan serta-merta, sementara untuk fail, pengguna boleh membukanya melalui pautan yang disediakan.

Bagi anda yang aktif menggunakan Dropbox dan Facebook, mungkin fungsi ini sesuatu yang menarik dan boleh digunakan dalam menjadikan perkongsian fail anda lebih pantas lagi berbanding sebelumnya.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .