Aplikasi WhatsApp Hadir Buat Pengguna Desktop - Windows Dan Mac



Sebelum ini pihak WhatsApp telahpun menawarkan perkhidmatan mereka untuk pengguna desktop melalui web (Whatsapp web), dan terkini mereka memperkenalkan perisian desktop secara rasmi kepada para pengguna komputer Windows 8 serta terkini dan Mac OS X 10.9 dan terkini.


Seperti pada web, untuk menggunakan perisian desktop WhatsApp, pengguna akan diperlukan untuk mengimbas kod QR pada perisian berkenaan, dan pada masa yang sama ia memerlukan telefon pintar anda turut aktif dan berjalan sama seperti ketika menggunakan perisian web.

Namun, apa yang membezakan ia dengan penawaran versi web adalah anda boleh aktifkan supaya ia berjalan ketika komputer dimulakan, selain menggunakan pelbagai kekunci pintas ketika menggunakannya.

Kemaskini terbaru Whatsapp juga membawa sokongan menghantar dokumen dalam format Word, Excel dan PowerPoint. Jika sebelum ini hanya menyokong format pdf dan txt sahaja. Pada masa akan datang mungkin pelbagai lagi format akan disokong.

Muat-Turun WhatsApp untuk Windows atau OS X




1 comments:

  1. Cukup bermenafaat.. terima kasih perkongsian ilmu nya

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .