Instagram Memperkenalkan Profil Khas Instashop


Instagram kini menjadi media sosial perniagaan kerana ia mudah dijalankan dan antara aplikasi yang paling popular digunakan. Ianya juga percuma dan sekaligus mengurangkan kos operasi pemilik perniagaan. Pihak Instagram kini telah pun memperkenalkan Instagram Business Tools iaitu profil khas untuk perniagaan.

Pemilik akaun perniagaan kini mempunyai kemampuan menambah butang contact yang membolehkan pelanggan menghantar emel, menghantar SMS ataupun melakukan panggilan telefon terus dari aplikasi Instagram. Pada waktu yang sama maklumat lengkap perniagaan seperti alamat dan waktu operasi boleh ditambah.

Terdapat juga sistem Insight yang membolehkan pemilik menganalisa apakah barangan yang mendapat sambutan paling hangat dari pelanggan. Setiap gambar produk yang dimuat naik boleh dilihat dianalisa jumlah pengguna yang melihat dan like yang diterima. Pada waktu yang sama mereka boleh mengiklankan perniagaan mereka kepada pengguna secara terus menggunakan aplikasi mobil. Hanya pilih gambar mana yang ingin dipromosikan dan tempoh pengiklanan.

Walau apa pun profil khas instashop ini masih lagi belum meluas. Buat masa ini hanya di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Mereka akan mengaktifkannya kepada semua pemilik perniagaan seluruh dunia menjelang akhir tahun ini. Dengan profil perniagaan anda tidak lagi terhad kepada PM untuk harga” apabila berinteraksi dengan peniaga. Kini anda boleh “PM, telefon dan SMS untuk harga”.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .