Webe - Pelan Data Tanpa Had Pada RM79 Sebulan


Pihak Webe kini telahpun memperkenalkan pelan data mereka secara rasmi. Melalui apa yang ditawarkan, Webe menawarkan pakej mereka pada harga bermula RM79 (RM84 jikalau termasuk GST) untuk akses pelan data tanpa had, termasuk pakej panggilan dan SMS.

Akan tetapi. Pakej RM79 hanyalah potongan untuk pengguna P1 dan TM sahaja. Buat masa ini ia masih lagi belum secara rasmi. Dikatakan hanya untuk pengguna yang terpilih sahaja. Harga asal ialah pada harga RM199. Potongan diskaun untuk pengguna P1 dan TM bernilai RM60. Potongan tambahan RM60 untuk mereka yang mempunyai peranti yang menyokong spektrum 850 Mhz. Iaitu talian yang digunakan Webe.

Pelan data tanpa had ini hanya terhad untuk digunakan pada satu telefon sahaja, dan sekiranya pengguna memilih untuk menggunakan ia bersama peranti lain melalui sokongan Hotspot, pengguna akan perlu membayar RM6.36 untuk dua jam.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .