Pokemon Go Akan Dilancarkan Di 200 Buah Negara - Adakah Termasuk Malaysia?


Pokemon Go membawakan permainan yang mengabungkan dunia sebenar dengan dunia Pokemon, membolehkan pengguna menangkap pelbagai Pokemon yang terletak secara rawak di lokasi sekitar mereka disamping bersaing dengan lain melalui Pokemon Gym. Pihak pembangunnya mengambil langkah untuk memperkenalkan ia secara berperingkat supaya pelayan mereka dapat menampung jumlah pengguna sekaligus memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna.

Pokemon Go merupakan permainan yang dinantikan buat pengguna Malaysia malah menjadi bualan seleruh dunia. Menurut pihak Reuters, pembangunnya mengatakan mereka akan melancarkan ia di lebih 200 buah negara dalam masa terdekat. Buat masa ini, tiada sebarang garis masa dikongsikan oleh pembangun dalam pelancaran permainan berkenaan untuk sesuatu negara. Adakah termasuk Malaysia juga masih belum diketahui.

Pengguna juga dinasihatkan memuat turun applikasi Pokemon Go yang rasmi di Google Play ataupun Apple Store untuk mengelakkan dari Malware dan terdedah dari digodam. 




1 comments:

  1. x sabar nak main pokemon go.
    blogwalking and klik iklan.
    p/s : piramid pun ada kat china juga. jom baca kat sini.
    http://blogleopluto.blogspot.my/2016/07/piramid-purba-ada-di-china-jepun.html

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .