Facebook Memperkenalkan Marketplace - Fungsi Jual Beli Di Facebook.


Selain Instagram yang telah memperkenalkan akaun untuk perniagaan. Kini Facebook juga telah mengumumkan sebuah fungsi baru dinamakan Marketplace, dimana melaluinya ia membolehkan para pengguna untuk berjual-beli dengan pengguna sekeliling mereka dengan mudah.

Facebook akan menyertakan sebuah ikon khusus pada bahagian bawah aplikasi yang memfokuskan kepada fungsi Marketplace ini, dan pengguna boleh melihat pelbagai produk atau turut memilih untuk menjual produk mereka sendiri. Sekiranya ingin menjual produk sendiri, pengguna hanya perlu merakamkan gambar, menambah beberapa informasi dan harga, serta mengesahkan lokasi jualan.

Fungsi hdir untuk pengguna Android, iOS dan juga turun hadir buat pengguna Web tidak lama lagi.  Buat masa ini, fungsi ini masih belum hadir buat pengguna Malaysia. Bila ? masih belum diketahui.

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .