Sinopsis - Upin dan Ipin: Jeng Jeng Jeng


Filem ke 2 Upin dan Ipin dari Les’ Copaque yang diberi jodul Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng yang telah diumumkan pada tahun 2014 lalu kini akan ditayangkan 24 November ini (2016).

Filem ini mengisahkan kehidupan anak yatim bernama Aqish yang juga peminat tegar animasi popular Upin dan Ipin.

Suatu hari, Aqish mendapat tahu seorang lelaki bernama Zaman mahu mengambil kembali tanah rumah anak yatim itu.

Balqis kemudian meluahkan masalah itu kepada Upin dan Ipin, tanpa menyedari dua watak itu mendengar luahannya dan muncul di hadapannya. Bagaimanapun, hanya Aqish saja nampak Upin dan Ipin.

Pada masa sama, penyanyi rock, Awie yang terkenal suatu ketika dulu mengalami masalah kewangan dan mencari peluang untuk menghasilkan album baru untuk mendapat wang. Kebetulan pula, Awie bersama rakannya, Bo terserempak dengan Aqish dan mereka juga pernah membesar di rumah anak yatim berkenaan.





Selepas mendengar masalah Aqish dan pengendali rumah itu, Noreen, Awie bersetuju untuk membuat konsert amal. Keadaan menjadi cemas apabila Aqish mengumumkan Upin dan Ipin akan membuat penampilan istimewa di konsert itu.

Namun, pada konsert, Upin dan Ipin benar-benar muncul dan membuat persembahan hebat sehingga menyebabkan semua penonton teruja dan yakin dengan kewujudan dua watak itu.

** Upin dan Ipin juga dijangka akan hadir dengan filem ke 3 tahun hadapan (2017).


1 comments:

  1. Seen this. Compositing sangat cantik dan menarik !

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .