Opera Neon - Pelayar Web Serba Baru


Opera kini hadir dengan sebuah pelayar web eksperimental dan berbentuk konsep, dipanggil sebagai Opera Neon. Bergerak selangkah kehadapan dengan pelbagai ciri-ciri menarik dan interatif.

Opera Neon ini dibangunkan berasaskan kepada enjin Chromium sama seperti yang digunakan pada Chrome dan juga Opera tetapi menggunakan rekaan antaramuka yang sangat berbeza.

Opera Neon menggunakan gambar latar sama seperti gambar latar desktop pengguna, disamping turut hadir dengan beberapa menu pantas pada bahagian kiri. Pada bahagian kanan pula, Opera Neon akan memaparkan halaman tab yang dibuka oleh pengguna pada sesuatu masa.

Ia juga hadir dengan sokongan pop-out untuk sebarang media yang dimainkan. Ini bermakna, anda boleh membuka sebarang halaman video atau audio, memainkannya, dan pada masa yang sama mengikuti atau melayari web-web lain ketika menikmati media yang dimainkan.





 
 

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .